Time is out!

Neeettt!!

Alarm dah berbunyi. Masa dah nak tamat. lagi 3 hari nak balik Shah Alam. Assignment dah berlambak macam tapak pelupusan sampah baru nak sentuh ni. Kesian kau Naz, itulah, orang suruh siapkan awal-awal nanti tak kelam-kelibut mcam siput sedut hilang cangkerang.

Nasib la.

Sebagai seorang penuntut ijazah sarjana muda di IPTA saya sepatutnya peka dengan masa dan tugasan. MASA=TUGASAN. Dua-dua ni berkait rapat dan jangan nak nafikan. Kalau takde tempoh masa maknanya bukan tugasan dan silap-silap namanya bertukar jadi hobi masa lapang. Tapi bila masa pulak assignment jadi hobi? Kes berat ni..

Sekadar hiasan dan tiada motif


BLOGGING

Sengaja saya blogging dua kali dalam seminggu ni kerana dah tahu naik semester ni memang takkan sempat nak buat lagi-lagi housemate mungkin akan berkerumun tengok saya taip blog. Memang segan tak payah nak heboh la kan.

Sebelum saya mungkin menyepi balik daripada blogging sampai akhir sem ni, saya nak inform kat pembaca blog saya yang mungkin ada masalah tentang pendaftaran atau konfius untuk temuduga IPTA ataupun UiTM mungkin boleh hadirkan soalan anda pada mana-mana post pun. Saya hargai setiap soalan terutama pada post-post yang ada title "Ukur Bangunan".

Mungkin jawapan macam budak-budak dan tidak spesifik tapi asalkan ada juga yang nak menjawab betul tak?

Dan saya memang tak ada idea langsung nak cerita pasal profesion BS lagi kerana skop kerja sangat luas hatta mengarang dengan tujuh lautan dakwat pena pun belum tentu cukup apatah lagi mampu menceritakannya. Biarlah setinggi gunung helaian-helaian kertas putih nescaya tidak akan mampu menanggung ceritera yang akan dikarang mengenai profesion BS ini. - Pujangga Nazirul Mubin.

Dan jangan lupa pada rakyat Malaysia yang sudah berusia lebih 21 tahun dan sudah berdaftar sebagai pengundi. Jangan lupa mengundi dan buatlah pilihan bijak tanpa dihalusinasi oleh pelbagai pihak yang obses politik..hihi.. panasnya tajuk.. ok lupakan

Ok tu je nak dikarut oleh si tukang karut bssilver.blogspot.com. Sekian- Superman ;-)

Comments

Popular Posts