Kembali Ke Pangkal Jalan (cerita seorang budak #2)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum para pembaca sekalian.

Letakkan tanganmu pada dada dan tanyalah apakah iman kita sihat pada hari ini?

Turunkan semula dan senyumlah seolah-olah bagaimana Rasulullah senyum melihat seorang lagi umat berjaya  mengucapkan kalimah syahadah dalam pengembaraannya di awal kemasukan Islam.

Masalahnya kini mampukah kita senyum begitu rupa? Jika mampu Alhamdulillah..

_____________________________________________________



Jauh berjalan dan bermusafir di muka bumi yang berbagai budaya dan pelbagai agama adakalanya akan menjadikan budak lelaki yang seorang ini berubah-ubah pendapat dan tidak terbatas pandangannya. Makin lama dia berjalan luaslah pemandangannya. Bertambahlah jua ilmunya.

Tapi kini dia merasakan adakah ilmunya itu betul-betul positif dan tidak bercampur dengan ilmu yang merosakkan. Sama umpamanya seperti satu bekas cawan diletakkan air laut dan air sungai jika dicampurkan ianya tetap menghasilkan rasa masin. Sudah jauh benar kadang-kadang kita terpesong dan sudah lama tidak memberi manfaat kepada manusia sejagat.

___________________________________________________

Budak lelaki ini merasakan jika mati dia hari ini adakah legasi yang dia tinggalkan dan memberi manfaat kepada manusia lain sebagaimana Imam Shafie, Imam Bukhari, Imam Hasan Al-Banna dan tidak lupa juga Rasul junjungan mulia yakni Rasulullah Solallahualaihiwasallam.

Atau dunia akan terus berputar. Siang berganti malam. Manusia terus bekerja. Embun terus menitis. Air terus mengalir. Seolah-olah tiada apa berlaku dan kehilangan kita di muka bumi hanya satu kematian biasa yang diiringi bacaan Yassin dan Tahlil.

Tiada apa perlu dirisaukan dan tiada apa perlu digusarkan. Hanya seorang lelaki atau seorang wanita telah menghadap Ilahi dengan bekalan yang ada padanya dan menunggu hari pembalasan kelak. Yang ada hanyalah amalan dosa dan pahala. Wang ringgit RM3.50 di dalam dompet si arwah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir sedikit pun takkan dapat dibawa bersama.

____________________________________________________

Mungkin kita tidak perlu bersendirian membawa risalah Islam untuk disebarkan ke atas muka bumi. Inshaallah akan ada pendamping kita untuk bersama-sama menangis dan bergembira di kala kesulitan menyebarkan dakwah kerana Rasulullah bukan lagi bersama kita menyebarkan Islam.

Dan saya tetap percaya pada saat itu. Dakwah Islam sama-sama dipikul oleh insan yang akan berada sisi walaupun berlainan idea dan pendapat nescaya hanya satu matlamat. Menyebarkan semula Islam dengan cara Rasulullah dan pendekatan yang paling dekat dengan hati manusia. Saat itu, kemanisan Islam dapat dirasai bersama walaupun pada udara yang dihidu mebawa embun pagi....

Kerana Rasulullah pun memikul amanah Islam bersama-sama para sahabat yang saling menyayangi diikuti isteri-isteri baginda umpamanya Siti Aisyah setelah pemergian Siti Khadijah. Baginda tidak bersendirian.

BEGITULAH DAKWAH.

sekian dari admin bssilver- Superman ;-)

Comments

Popular Posts