Kadang-Kadang geram juga

Gambar tiada motif
Tajuk kali ni memang tak menarik dan mungkin tiada orang nak baca pun sebab macam takde feel la kat tajuk tu. Tiada tajuk yang best ingin disampaikan tapi terima sahajalah kenyataan yang saya tiada idea untuk blog kali ini.

Kadang-Kadang Geram Juga

Apa yang geram eh jang? Hehe..tak geram pun la. Saja tajuk bikin panas. Teringat kat study week ni yang rasa macam lama sangat berlaku dengan ada pelbagai dugaan dengan manusia sekeliling mahupun pada assignment. Eh nak teringat apa bukannya dah berlalu pergi lagi pun kan?

Kelakar juga teringatkan saya pernah sakit hati tengok roomate saya yang course berlainan tengah dapat study gila-gila time nak study week sedangkan saya masih lagi menyiapkan assignment selama berminggu-minggu sehinggalah dalam tempoh study week tapi tak siap-siap sampai sekarang. Huhu..

Tapi betul juga rasa geram tengok orang lain dok sedap study kita pula tak dapat peluang tu sampai terpaksa berjaga sampai subuh kat fakuti seminggu straight. Ni saya sebagai abang-abang nak ingatkan adik-adik course Building Survey jangan la jadi macam abang ni yang tak habis-habis nak jeles yang tak bertempat tau.

Memang nak buat macammana, kita kenalah relakan usaha dan tenaga kita pada cita-cita course tercinta ni. Dah memang tradisinya begitu, "Kalau nak study, tunggu la gap-gap terakhir study week" betul kan? Tapi rasanya memang tak boleh bagi alasan pointer jatuh kot? Boleh gitu?

Eh, takdelah! Saya tak mengadu pun la.. saje sekadar memperjelaskan situasi kepada mata-mata yang memerhatikan saya yang mungkin bersikap moody dan jarang bercakap sewaktu study week ataupun minggu-minggu akhir sebelum ini. Tak mahulah saya sampai ada orang mendengar cerita daripada orang lain yang mungkin ditokok tambah kan? Jadi, ada blog ni boleh la saya memberi pencerahan sedikit yang mana mampu saya sampaikan.

Biasalah, mana-mana manusia tentu pernah buat silap kan. Saya tak mahu pula cerita di blog macam-macam tapi realitinya saya tidak sama dengan yang ditulis. Oleh itu, sama-samalah kita menghindari sikap indah khabar dari rupa, jauh panggang dari api, dengar macam ribut tapi datang macam siput dan sebagainya.

PEACE (^_^)

Comments

Popular Posts