Di tengah Medan Perang Exam



Sempat juga saya menulis sesuatu ditengah peperangan minda di atas pertahanan kubu mental. Pelajar UiTM mestilah faham apa yang saya maksudkan ye tak. Ada sesetengah diantara kita di tengah-tengah exam kita dihanyutkan dengan pelbagai cubaan untuk melemahkan perjuangan kita. Di antaranya adalah:

  1. Carry mark kita rendah, kawan-kawan lain tinggi.
  2. Terkantoi 2,3 paper sebelum ni..hmm macam takde harapan je untuk next paper.
  3. Kawan-kawan tarik muka konfiden tinggi-tinggi sampai diri terasa 'loser'?
  4. Tekanan untuk skor disebabkan satu kelas expect yang tinggi untuk anda.
 Yang pertama, susah tak bila kita dapat tahu carry mark kita rendah? kebetulan pula kawan-kawan lain serahkan markah test kita yang tak sebanding dengan mereka di tengah-tengah waktu ulangkaji peperiksaan.

Yang kedua, dah lepas dalam 2 paper berlalu pergi macam dah tak ada harapan untuk 3,4 paper seterusnya. Raihlah apa yang ada pada anda sekarang. Gunakan paper seterusnya dengan sebaiknya kerana previous paper tidak mampu untuk diulang kembali walaubagaimana kita menyesalinya.

Ketiga, kawan-kawan anda muka konfiden? hmm..biarlah mereka. Mungkin mereka dah usaha sehabis mungkin dan berada di tahap terbaik. Jangan dok dengki sudah la.

Terakhir, mungkin karakter dan prestasi semasa di dalam waktu kuliah menjadikan anda nampak lebih menyerlah dan banyak cakap-cakap mengatakan anda mampu untuk skor tertinggi dalam kelas. Ini membuatkan anda tertekan dan terdesak untuk meraih markah yang tinggi dalam kelas. Anda membaca dan mengulangkaji dalam keadaan tertekan.



"Tapi, kenapa ada orang exam bagus tapi hubungan dengan Allah dan manusia kureng. Tapi bila exam tetap dapat terbaik?"

Percaya tak pada sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim? Percaya tak pada nikmat dan istidraj (nikmat yang diberi untuk menyesatkan lagi)? Jadi, kesedaran dalam diri Inshaa.Allah sangat penting berbanding menjadi biduk-biduk catur dalam kehidupan yang bergerak dalam lingkaran yang telah ditetapkan oleh manusia sendiri.

Jangan hairan dengan orang tua yang kuat beramal soleh, kerana memang sudah fitrah manusia yang makin suntuk umurnya. Tapi hairanlah kepada orang muda yang banyakkan beramal soleh, kerana dia telah menggadaikan nikmat masa lapang mudanya untuk ladang akhirat yang tak kelihatan di dunia.

Jadi, kuatkan diri di tengah-tengah exam ni. Banyakkan doa dan cubalah berusaha walaupun sedikit demi sedikit kerana setiap usaha pasti ada hasilnya. Bayangkan kalau usaha banyak?

Comments

Popular Posts