Prejudis - Buangkan Jauh-jauh

Petang-petang jumaat macam ni rasa mengantuk tak hingat. Tapi dah lepas Asar. Nak tidur tak berani kerana ada tegahan yang menegah kita dari melakukannya. seperti ini:

Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka
janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri.

(Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)(1)

Jadi, dengan keadaan yang mengantuk tiba-tiba dapat idea untuk menaip satu post. Tajuk hari ini adalah SIKAP PREJUDIS. Apakah yang dapat kita fahami daripada sikap prejudis. Adakah ianya baik? Buruk? Huduh? ataupun keji?

Contoh 1: Anda telahpun bertembung dengan seorang rakan lama. Anda pernah mengenalinya sebagai seorang pencuri penutup botol mineral sewaktu berada di dalam alam universiti pada suatu lama dahulu. Tetapi kini beliau telah berjaya dalam perniagaan. Beliau memiliki sebuah banglo dan menjadi imam sambilan di surau berdekatan rumahnya. Tetapi anda sebaliknya beranggapan begini.

"Ala dia ni, dulu  dah la pencuri. Entah-entah kemewahan die hasil tipu orang ramai. Kesian la sape jadi makmum die nih".

Nampak tak permainan ni. Ini telah memberikan anda modal untuk terus menafikan hak orang lain untuk terus maju. Dan juga modal untuk mengumpat.

Contoh 2: Anda mempunyai syarikat besar dan terdapat beberapa kekosongan jawatan yang perlu diisi dengan segera. Seorang calon telah datang dan memiliki beberapa helai kertas yang membuktikan bahawa beliau cukup untuk mengisi jawatan malah mampu lebih dari itu. Akan tetapi, anda perasan bahawa kakinya tempang sebelah. Anda tidak selesa dengan keadaan ini walhal beliau sudah cukup syarat. Anda mencari alasan dan menyuruhnya pulang dahulu sedangkan anda merancang untuk singkirkannya.

Nampak tak sikap prejudis ni? Impak begitu besar sehinggakan ianya akan menyempit peluang perkembangan dunia dan masyarakat untuk terus memperbaiki diri masing-masing.



Ok, memandang semua roomate dah balik dan sedang mengerumun laptop saya ni. Saya memutuskan untuk berhenti di sini sebelum kantoi lebih banyak lagi..heheh

Tapi sebelum itu, renung-renungkanlah bahana sikap prejudis ini kerana kita bukan manusia yang sempurna sehingga suka-suka menghukum manusia yang lain. Apa yang membezakan kita dan mereka adalah kesilapan dan kesalahan kita ditutup oleh Allah dan dijaga aib kita. Semoga sama-sama dapat manfaat.

Comments

Popular Posts