Ya, Aku Terlupa!

Subhanallah, Allahuakbar, Lailahailallah..

Ya Allah,
Aku telah terlupa,
Aku disibukkan keasyikan dunia,

Ya, aku terlupa!
Aku dikelilingi kejayaan untuk diterpa,
Sehinggakan perjuanganku sebelum ini telah alpa,
Sedangkan saudara-saudaraku menghitung saat-saat dibunuh,
Aku sibuk menghutung keuntungan dunia,

15 Mei adalah Hari Nakbah Palestina yang aku sudah lupa untuk telusuri lebih setahun sejak aku menarik diri daripada bergiat aktif dalam sebuah NGO yang terlibat dengan pembebasan rakyat Palestina. Untuk pengetahuan, 15 Mei 1948 adalah hari tertubuhnya Negara Israel yang terlaknat itu dan merupakan hari MALAPETAKA (Nakbah) untuk Palestina. Dan itulah menjadikan tarikh 15 Mei adalah Hari Nakbah Palestina.

Aku dah banyak terlupa tentang perkara-perkara sebegini sehinggalah saudara Hilal Asyraf mengingatkan aku tentang perkara ini. Hilal Asyraf ni salah seorang yang aku selalu jumpa masa dalam NGO ni sebab aku rapat dengan adik dia, Hilmi. Mereka adik-beradik memang supercool kerana banyak bergiat dalam aktiviti kemasyarakatan dan banyak menyumbang kepada pembangunan NGO ini.

novel-novel Hilal Asyraf

Masa dulu, aku tak sangka langsung yang novel aku simpan dan baca di rumah dikarang oleh abang kepada member aku ni. So, memang melompat la bila member ni bawa aku berjumpa buat kali pertama dengan abang dia, terus letak autograf dalam novel tu beb..

Apapun, aku saja menulis post ini kerana nak mengingatkan kita semua tentang tanggungjawab kita pada Palestina yang sering dipesongkan perhatian melalui media. Ya, media dunia banyak mengubah perhatian kita dari memandang isu Palestina supaya tumpu hanya pada kacau bilau di negara kita dan isu-isu artis yang tak berubah apa-apa..

Maaf kalau memang penggunaan 'aku' agak menjadi keras bunyinya dan sesiapa pihak tersinggung maaf dipinta. Aku dah letih sangat dengan umat Islam yang buat hal sendiri tanpa memikirkan musuh Islam terlaknat ini. Sedangkan merekalah yang merancang segala pertelingkahan agar tiada negara Islam yang boleh masuk campur dalam kerja keji mereka untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa. Mereka amat suka semua umat Islam sibuk dengan hal pergaduhan sesama sendiri dan terlupa akan mereka.

Bila Masjidil Aqsa runtuh nanti barulah ada mulut-mulut berbicara:

"Masjidil Aqsa dah runtuh ke? Laa, kenapa kita tak bersatu lawan balik ek?"

"Ni semua salah negara arab sebab taknak tolong Palestin. Penakut"

"Eh, masjid kat palestin dah roboh laa.."

"Kita patut bersatu untuk menentang dan memboikot produk mereka, tapi kita lupa la"

"Kenapa Yahudi jahat sangat!!"

"Ni semua salah pemimpin negara Islam, ni kan tanggungjawab mereka!!"

Berhentilah menuding jari, kerana satu jari menuding ke arah pihak lain maka empat lagi berbalik pada kita. Kitalah umat Muhammad yang dikasihi oleh baginda sehinggakan aku tak mampu untuk berfikir jika Rasulullah berdiri di dunia di saat ini sambil melihat kita dengan ideologi masing-masing. Apakah perasaan baginda ketika itu?


"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, " sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk sebenarnya ." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah berilmu (kebenaran) sampai padamu , tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah. (Al-Baqarah 120)

p/s: 'aku ingin kembali'

Comments

Popular Posts