Trend Shopping Secara Online
Perkara ni baru lagi berlaku pada salah seorang junior saya di universiti iaitu ditipu penjual ketika bermuamalat di alam siber..laporan polis telah dibuat. Ya, si penjual mengiklankan barangan di internet tetapi harapkan pagar, pagar makan strawberi. Laporan polis sudah dilakukan. Tetapi adakah selesai sampai disitu sahaja?
Persoalan #1: adakah anda pernah mendengar pasaran online seperti Lazada, Zalora, Lelong, Mudah dan seumpamanya?
Persoalan #2: Sejauh manakah kecekapan, kompetensi dan ketelusan pembekal ataupun penyedia perkhidmatan jualan atas talian ini?
Persoalan #3: Bagaimanakah cara pembayaran dan cara perolehan produk? COD (cash on delivery) atau bayar secara "bank-in money"?
Persoalan #4: Bagaimana hendak tahu tahap kebolehpercayaan entiti ini dalam bermuamalat dengan kita? Boleh jadi ia hanya individu persendirian atau sebuah syarikat berdaftar.
SEKADAR PENGALAMAN SENDIRI
Saya cuba menjawab semua persoalan diatas dengan menggambarkan pengalaman membeli secara online ini. Sebelum saya tak pernah pun beli secara online sehinggalah bulan lepas. Saya mencuba Lazada.com sebagai medium untuk membeli sebuah casing untuk smartphone saya memandangkan bertubi-tubi saya menyerang kedai handphone berdekatan tapi semua hampeh. Alasan mereka adalah stok belum sampai kerana handphone saya terlalu baru sifatnya.
Kecewa dengan itu, saya terfikir untuk mencari secara online. Lazada menjadi pilihan memandangkan mereka mempromosikan secara besar-besaran macam pertarungan Ultraman dan Raksasa Zoragon. Bumi terasa gegarnya sampaikan minum pun tiba-tiba masuk ikut hidung..ok sangat selekeh sekali. Marketing power kat kaca TV dan surat khabar tempatan.
Mengapa membeli di Lazada? Kenapa bukan di Mudah.my? Alasan saya adalah Lazada menyediakan potongan 30% - 70%. Misalnya casing handphone saya dalam harga pasaran adalah rm70-80 (original) tetapi Lazada memberikan diskaun Ultraman dengan harga RM45. Pembayarannnya lebih mudah. Cash on Delivery iaitu bayar di muka pintu anda tanpa melakukan bayaran online banking ataupun depositkan wang di mesin deposit tunai di bank terlebih dahulu..
Alasan kedua saya, sebab Lazada adalah sebuah syarikat berorganisasi berdaftar dan mempunyai kawalan terhadap laman web rasmi miliknya. Agak sukar untuk mereka menipu duit kita sebenarnya. Jadi atas kepercayaan ini saya rasa Lazada boleh diangkat sebagai best online shopping. Cerita sebaliknya boleh boleh berlaku dalam Mudah.my ataupun Facebook kerana kebiasaannya individu itu tidak mempunyai identiti yang jelas.
JADI APA HASILNYA?
"Ting..tong!", loceng rumah berbunyi.
"Ye bang?", tanya saya sambil sudah mengagak 'barang' sudah sampai.
"Ada order barang dari Lazada tak?"
"Ada, ada..kejap eh", rasa seolah nak menjerit sambil breakdance je.
Setelah membayar pada posmen tersebut saya pun masuk ke rumah dengan dada hampir nak meletup. Yelah, kali pertama membeli secara online kan?
Alhamdulillah sampai juga barang yang dipesan atas talian. Akad bagi urusan muamalat ini hanya dengan menekan butang 'confirm' dan memasukkan alamat rumah saja. Sangat senang. Sebenarnya ada lagi yang saya beli iaitu sebuah jam tangan Casio dari Lazada jugak la.
KENALPASTI PERNIAGAAN INTERNET
Ada tiga jenis perniagaan kebiasaan secara online:
Ini yang menjadi masalah sebenarnya. Mudah.my sebenarnya bukanlah sebuah organisasi yang menjual produk mereka secara terkawal sebaliknya adalah satu web yang menyediakan ruang buat mana-mana individu untuk menjual barangan milik mereka samaada baru atau terpakai. Segala transaksi jualbeli antara pengunjung dan penjual bukan masalah mutlak mereka dan jika ada si pendajal duit pun tak boleh buat apa.
JADI, BAGAIMANA SAYA MAHU SELAMAT?
Langkah-langkah selamat membeli barang secara online:
Kali ni saya berharap dapat membantu anda mengenali lebih dalam tentang online shopping. Teringat pula pada dunia internet tanpa sempadan yang banyak pula keburukan. Dulu tak buat Facebook. Kini dah ada akaun FB makin pening pula membaca komen "Si Keyboard Warrior". Tapi kadang-kadang tak semerbahaya Ustaz dan Ustazah Facebook.
Saya tak mahu ulas panjang nanti kena hack pula blog yang macam sampah ini. Dah la tak popular, kena hack pula tu. Malang kan nanti? Hehehe..
Sekian dari admin Bssilver - Superman ;-)

jeng..jeng..jeng..! |

- Dropship Agent (misalnya mereka menjual produk tetap dari syarikat tertentu)
- Jualan bagi mendapatkan wang segera. (atas sebab tertentu seperti terdesak wang).
- Shopping website (seperti Lazada, Zalora, dsb.)
Ini yang menjadi masalah sebenarnya. Mudah.my sebenarnya bukanlah sebuah organisasi yang menjual produk mereka secara terkawal sebaliknya adalah satu web yang menyediakan ruang buat mana-mana individu untuk menjual barangan milik mereka samaada baru atau terpakai. Segala transaksi jualbeli antara pengunjung dan penjual bukan masalah mutlak mereka dan jika ada si pendajal duit pun tak boleh buat apa.
JADI, BAGAIMANA SAYA MAHU SELAMAT?
Langkah-langkah selamat membeli barang secara online:
- Jika lokasi mendapatkan barang adalah dekat. Dapatkan secara COD. Pergi ambil sendiri barang anda dan bayar secara tunai.
- Kenalpasti munasabah harga barang tersebut. Kekadang jika murah sangat sampai tak munasabah dengan harga pasaran contohnya jual Ferrari tapi harga Myvi itu melampau namanya.
- Kenalpasti identiti. Jika di Facebook ada profil kan? Jika maklumat si peniaga agak kabur dan mencurigakan, maka cuba elakkan.
- Cuba dapatkan fotostat MyKad mereka secara emel atau apa-apa dokumen pengenalan diri. Jika terdesak juga kerana itu peluang yang ada.
Kali ni saya berharap dapat membantu anda mengenali lebih dalam tentang online shopping. Teringat pula pada dunia internet tanpa sempadan yang banyak pula keburukan. Dulu tak buat Facebook. Kini dah ada akaun FB makin pening pula membaca komen "Si Keyboard Warrior". Tapi kadang-kadang tak semerbahaya Ustaz dan Ustazah Facebook.
Saya tak mahu ulas panjang nanti kena hack pula blog yang macam sampah ini. Dah la tak popular, kena hack pula tu. Malang kan nanti? Hehehe..
Sekian dari admin Bssilver - Superman ;-)
Comments
Post a Comment
KOMEN