Hidup Melayu



Orang melayu malas? Siapa kata? Ada yang jadi jurutera, kerja siang malam nak bagi anak isteri makan. Dapat gaji terus masuk duit dalam ASB sebab tak mahu membazir.

Malah, orang melayu jugalah yang menjadi enjin dan nadi-nadi kepada kilang-kilang dan syarikat kejuruteraan milik usahawan cina yang berjaya! Hidup melayu!

Melayu malas? Tidak sama sekali! Melayu jugalah paling rajin laungkan "HIDUP BANGSA MELAYU!". Tak terlawan bangsa lain dek kerajinan bangsa melayu. Bangsa lain malas sebab hanya sibuk untuk mengembangkan bisnes dan bangunkan ekonomi sahaja.

"HIDUP MELAYU!!"
"Pantang sesiapa mempermainkan bangsa aku!! nescaya terbang parang ni!!", Kata seorang pakcik di kedai kopi bersama2 kawan persaraannya. Sesekali mereka mengusik Ema, pembantu kedai kopi yang juga anak kepada tauke Pak Zaid yang masih bujang itu.

"Woi, aku pantang betul orang melayu kena cabar!", ujar Farid yang juga dikenali sebagai Payed dikalangan rider-rider seperjuangan motosikal 'HobiKamiMahal' sambil menyalakan sebatang rokok Dunhill di atas Y15zr black matte custom miliknya.. sesekali 'rev' sedikit bunyi ekzos Yoshimura dan dipadankan rim oren yang dirembat dari Honda Dash Repsol sebagai tanda kemarahan orang melayu. 

"Siapa kata melayu malas?? Tahu tak betapa sukar kami bekerja siang di site bangunan dan makan minum untuk lunch nasi bungkus sama-sama bawah panas terik dengan pekerja asing warga bangladesh? Jangan perlekeh kami!" kata seorang jurutera yang sangat marah kerana beliau seorang yang sangat rajin. Lojiknya, beliau sahaja dah cukup mewakili seluruh bangsa melayu. Terima kasih tuan Ir.Hassan atas naungan kehebatan dan kerajinan ke seluruh kami.


_________________________________________________________

Konsep pemikiran orang melayu amat mudah. Siapa pegang politik, dialah paling kuat!

Kuat yang macam mana? Terlalu kuat sehingga dengan politik, kita boleh kawal harga bahan-bahan mentah di pasaran yang kebanyakan dikawal oleh bukan melayu. Yeke?

Juga terlampau kuat sehingga dengan melaungkan "Ketuanan Melayu" sahaja pun akan menyebabkan semua bangsa lain terketar-ketar lantas mengaku Melayu bangsa terunggul dunia.


Apa yang kita orang Melayu mahu? 


1. Barangan harian murah tanpa menguasai ekonomi;
2. Harga rumah diturunkan dengan kuasa politik semata;
3. Mendapat bantuan dari pemegang politik setiap hari atas dasar bangsa.
4. Wang percuma
5. Percuma segalanya.

Apa sebabnya kita mahu semua ini? Jawapannya kita orang melayu merasakan kitalah TUAN di bumi Malaysia ini. Kita mahu semuanya mudah. Itupun ramai sukar nak faham. Kita tak mahu disuruh kerja lebih keras dan cari jalan berbisnes untuk kaya. Sebab kita ada konsep Melayu adalah "Tuan".

Malah kita menjadi lebih perkauman atau "racist". Bila dihalang untuk racist, kita akan mengatakan "mereka yang start racist dahulu!". Kita umpama orang kampung petani di dalam filem-filem zaman dahulu yang apabila marah, kita ramai-ramai bawa cangkul, parang dan pencakar sambil melaungkan "HIDUP MELAYU!".


Kita sibuk berfacebook politik dengan mengatakan siapa yang tak undi parti melayu adalah pengkhianat. Kerana kita dinaungi dan dilindungi oleh politik semata-mata. Macam bangsa cina di Malaysia ini, mereka tak rasa takut walaupun mereka tidak dinaungi politik. Mereka lain. Kita bangsa Melayu mesti dilindungi sebab kitalah tuan.

Apa yang kita mahu? KUASA POLITIK.

Kerana apa? Kerana kita Melayu tanpa kuasa POLITIK, kita bukan siapa-siapa..

Comments

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts