Kisah Fatah di 2018 [episod-1]

     Fatah merupakan seorang yang kacak,

      Walaupun sebelah kiri mukanya menyamai Leonardo DiCaprio dan sebelah kanannya menyamai Optimus Prime..

kredit: wikipedia
..tetapi beliau tetap dipanggil Fattah Amin oleh ramai cewek-cewek lombok yang gigih membersihkan tandas-tandas awam di bangunan-bangunan kerajaan.

      Pun begitu, Fatah tetap memilih untuk menggunakan nama FATAH dengan ejaan 1 sahaja huruf "T" berbanding FATTAH AMIN si jejaka idaman Skudai.
_______________________________________________________

     Fatah hidup aman damai di bumi bertuah Malaysia. Sehinggalah satu hari yang menakutkan beliau telah berlaku..Fatah menangis, tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tiba-tiba.. READ MORE. Apa yang berlaku pada beliau sangat MENGEJUTKAN. FOTO nombor 3 pasti mengejutkan anda!!!

Haha..saja je nak kenakan korang semua baca blog ni. Pernah ke selalu kena clickbait dalam Facebook macam cerita di atas? Dah la lama tak taip rasanya dah 6 kali bulan beranak baru harini penulis blog ni muncul. Kenapakah? Entah, biar saya terus tulis cerita Fatah di Tahun 2018. Haa..dah tahun 2018??
_______________________________________________________

BERSAMBUNG LAGI..

      Fatah bangun pagi, macam biasa nak pergi Lab.. Fatah seorang pelajar PhD sepenuh masa. Tapi beliau seorang yang sangat pemalas sehingga supervisor beliau banyak kali baling dadu pada muka beliau sebab selalu lewat.

      Dah la pemalas, selalu merungut. Tak dapat geran penyelidikan la, tak dapat biasiswa la. Fatah ni memang tak pandai bersyukur ke? Duit yang tinggal RM30 kat bank tu kan memang cukup nak guna untuk sampai habis belajar PhD.

Beliau suka merungut, sampai kawan-kawan pun lari daripada beliau.

Bangun je pagi ni, Fatah merungut lagi.. Harga minyak naik? Beliau mula pening macam mana nak isi minyak motosikal beliau. Fatah sepatutnya tahu, beliau kena kayuh basikal bagi menjimatkan duit beliau yang sangat banyak di bank.

Beliau cuba mohon BR1M, tak layak sebab beliau pelajar.. pelajar tak layak pegang duit banyak. BR1M hanya untuk orang yang dah ada gaji sahaja. Fatah perlu tahu dan bersyukur sebab beliau dapat BAUCER BUKU (BB1M).. Pelajar perlu bijak.

kredit: mynewshub

Lepas merungut, Fatah pun dapat panggilan dari seorang kawan lamanya masa degree, Bumblebee... kini kawannya kerja di sebuah syarikat kecil binaan. Dah pakai Myvi pun walau gaji hanya RM1800. Kawannya nak ajak Fatah minum di Kilang Bateri malam ni.

Fatah setuju, sebab dah stress dan kuat merungut bagus juga lepak bagi kurangkan stress. Malam tu Fatah pun cucuk duit RM10 di ATM Maybank sebab tu je paling dekat ke Kilang Bateri. Fatah bertambah geram sebab CIMB beliau perlu minimum RM20 dalam akaun simpanan tapi disebabkan beliau guna Meps di bank lain, beliau perlu dicaj RM1.00 ditambah 6 sen GST dan menjadi jumlah RM1.06. Maknanya, RM19.94 adalah baki beliau jika gunakan ATM Maybank bagi akaun CIMB miliknya.

Beliau makin stress. Jadi beliau datang jumpa Bumblebee dalam keadaan pokai bulat. Masa di Kilang Bateri, Fatah cakap dia tak ada duit untuk duduk minum-minum.. Bumblebee ketawa besar... HAHAHAHAHAHA.. jangan risau Bumblebee ada duit, nanti dia topup duit minum di situ. Lega Fatah.

Fatah tanya la.. Best tak kerja? Merasa pegang duit? Bumblebee cakap gaji tak ada la sampai RM2k pun tapi Alhamdulillah la dia pandai jaga duit, main ASB, simpan kat bawah bantal dan sebagainya. Kuncinya jangan membazir sangat cukup la Myvi SE sebagai harta dan duduk di rumah sewa.

Wahhh.. Seronok Fatah dengar. Fatah sedar, dia sebagai student, nak simpan ASB pun tak dapat, simpanan tak dapat nak bertambah, sebab tak ada income langsung. Apa la loser sangat si Fatah ni ye??

Fatah cakap lawa Sport Rim Myvi milik Bumblebee.. Dulu pakai standard je, bila masa tukar? Tak membazir ke? MUAHAHAHAHAHAHA... Dekah si Bumblebee, kawan lamanya itu.

Aku pakai BR1M je pun bro! Mana boleh usik simpanan woi!

Fatah terpinga? Tapi...tapi..duit tu kan sepatutnya digunakan untuk bantu kehidupan untuk sara diri bagi orang yang sangat memerlukan seperti dirinya? Lagipun Fatah tak ada income pun melainkan beliau buat kerja kecil-kecil tolong pensyarah itupun bayaran lewat dan ada yang tak dibayar.

Fatah mula merungut semula.. tapi dalam hati. Inilah sikap si Fatah yang suka merungut. Kawan-kawan yang lain semua lari daripada beliau disebabkan sikap negatifnya ini. Beliau tidak merungut di hadapan Bumblebee sebab takut kawannya ini pula lari.

Bersambung...

Kesimpulannya jangan jadi seperti Fatah, jadilah seperti Bumblebee okay..

Comments

Popular Posts