Jumpe Kucing..Buat "Miaw"

Selamat Hari Raya semua! Maaf zahir dan batin..

Pagi tadi masa keluar dari bilik kolej saya dengar suara kucing bunyi miaw..miaw.. Pelik tingkat 4 ada kucing kat kolej ni.. secara tiba-tiba kucing ni masuk beraya dalam bilik saya dengan muka tak tahu malu. Kenapa kucing ni tak belajar adab tetamu? Patut tunggu la tuan rumah benarkan, baru boleh masuk..patut kucing ni memang kena tarbiah agaknya.

Saya ni kadang-kadang sukar nak tegur orang.. tapi bila dah start sembang, semua benda nak cerita termasuk pertempuran epik antara Optimus Prime dan Megatron sehinggalah Son Goku membelasah Frieza dalam pertempuran Dragon Ball Super..!

Tapi satu makluk ni kalau saya jumpa mesti confirm tegur sama ada kenal atau tak. KUCING. Saya akan tegur macam dah lama kenal. MIAW....MIAW.. kemudian saya akan berjalan selamba meneruskan tujuan kehidupan. Kenapa kau tegur kucing je? Tegurlah manusia. Berilah salam walau tak kenal..

Entahlah, tapi kalau saya jalan kat mana-manapun saya akan tegur MIAW kat kucing walau tak kenal sekalipun, tanpa rasa malu Buat apa nak malu kat kucing ye tak? Bukan dia boleh mengumpat kau dah tua-tua pun asyik belajar je, kerja tah ke mana.. Lagi satu, suara kucing buat hati saya tenang. Apa aku sembang bab kucing ni?

SIAPALAH AKU?

Kalau siapa minat Amy Mastura pasti akan tahu lagu bertajuk SIAPALAH AKU ni. Sebab tu saya tak boleh nak cemburu kat sesiapa pun kalau teringat lagu ni. Yelah, siapalah saya ni nak terasa-terasa orang lain layan saya endah tak endah. Sentiasa terkapai-kapai mencari arah.

Saya takde duit yang banyak. Tak ada pangkat doktor, datuk, professor di pangkal nama. Sedar diri rupanya saya. Tak perlu la kejar sesiapa sebab saya tiada apa-apa pun. Harta milik saya ni pun milik Allah. Mati saya tidak meninggalkan apa-apa pun kesan terhadap sesiapa. Sebab saya bukan orang besar. Saya tak ada kabel yang tebal untuk kenal mana-mana "orang dalam" bagi memudahkan urusan peribadi.

Alhamdulillah saya sedar diri. Pencapaian pun cap ayam. Tidak perlu orang terkejar-kejar nak jaga hati saya sebab kalau saya merajuk pun bukan boleh pecat orang. So, terima kasih sajalah.

TERASA? RILEK LAA

Mana ada..buat apa nak terasa, nak sedih. Apa pangkat saya, apa kedudukan saya? Biasalah lumrah dunia, kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah. Yang duduk atas biasalah kalau lupa yang bawah. Sebab yang atas sentiasa perlukan "orang bawah" yang tertentu untuk sentiasa kekal berada di atas. Kalau tak, tak adalah istilah "atas" dan "bawah". Tapi tak semua tau.

Tak tuju pada sesiapa. Hanya peringatan kepada diri sendiri agar sentiasa ingat pada Allah yang kedudukan dan pangkat di dunia tak akan kekal. Mungkin kita rasa kita banyak buat amal, banyak bersedekah...tapi janganlah kita lupa, kita masuk syurga kerana REDHA Allah dan bukan sebab AMAL kita. Kalau kita banyak amalan soleh tapi Allah tak REDHA, siapalah kita nak masuk ke syurganya? Subhanallah, tapi jangan jadikan alasan untuk tidak beramal soleh pula, sebab itu adalah tuntutan fardhu kepada setiap umat Islam sebagai syarat mendapat REDHA Allah..

Sekian dari Admin Bssilver - Superman :-)

Comments

Popular posts from this blog

Cara Guna Dobi Layan Diri

Ukur Bangunan: Wujud Sebuah Profesion

Kesan selepas menderma darah.