Fotografer Amatur: Banyak kena tahu rupanya

Biasa budak-budak baru beli kamera DSLR, mereka akan berangan nak jadi fotografer profesional.

Saya ambil guna kamera tua Canon EOS 5D dengan setting ISO:160, f/1.8 dan 1/500sec


SHOOT sana, shoot sini.. sambil posing guling-guling atas rumput mengalahkan model yang nak ditangkap. Sampai pakcik dan makcik yang lalu tak dapat beza mana MODEL mana FOTOGRAFER! Atau adakah itu ular sawa yang sedang bersalin kulit?

Bila berjalan-jalan makan angin dengan rakan dan famili, mesti akan berangan pegang kamera besar bata dengan muncung lens mcm BAZOOKA. Time tu mula la nak tangkap gambar burung, gambar kawan, gambar awek, gambar pakwe dan berangan gambar-gambar tersebut dapat terjual ke National Geographic atau Discovery Channel. Paling-paling tak pun dapat keluar kat majalah Maggis.

 PERSEPSI YANG SALAH!

Awal-awal lagi dah salah.. saya nak kata yang semua ini fahaman dan tanggapan yang salah. Sebab biasanya budak baru beli DSLR takkan ada duit nak beli lens muncung BAZOOKA. Biasanya kamera DSLR yang BRAND NEW sahaja dah cecah RM1000 untuk yang entry level. EH? Ada ENTRY LEVEL?

YA! ADA!

Kamera DSLR ni ada 3 level iaitu

1. Entry Level
2. Semi-pro
3. Profesional

dan baru-baru ni saya terdengar plak ada level terbaru.. iaitu Enthuasiast.

BERSAMBUNG..


Comments

Popular Posts