"Sebab Awak Tak Usaha" - Cikgu

 "Tapi cikgu, kenapa saya gagal?" Kata seorang pelajar.


"Awak tak tahu apa pun. Macamana saya nak bagi markah pada awak. Soalan pertama lagi awak dah tinggalkan kosong!" Balas cikgunya seakan geram.

"Cikgu, saya rasa saya dah jadi baik, aktif dalam bersukan, naikkan nama sekolah. Tapi kenapa masih lagi tiada seorang pun cikgu mahu bantu saya dalam markah peperiksaan kali ni? Apakah selama ini saya buat benda yang sia-sia?"

"Saya tahu. Pihak sekolah amat berterima kasih pada awak. Sebab itu kami tidak memasukkan awak dalam kelas paling hujung. Takut awak akan terjebak dengan mereka yang pemalas dan tidak ada kasihan terhadap diri sendiri"

"Tapi tak ada pertimbangankah?"

"Beginilah, saya nak mulai hari ini awak beli 1 buku. Tulis impian awak dalam tu. Buku yang macam buku latihan sekolah pun jadilah. Saya nak gunakan istilah 'buka buku baru' dalam diri awak. Saya nak awak usaha betul-betul macam orang lain.

Saya nak tanya awak lagi seperkara. Kalau awak tak usaha betul-betul dalam bola sepak dan acara balapan tu, awak rasa awak akan cemerlang dalam sukan ke?"

"Mestilah tak cikgu, sebab saya kena jaga diet dan latihan yang berterusan setiap hari. Saya juga kena pastikan teknik saya sesuai dengan kemampuan fizikal saya. Saya juga perlukan coach macam yang saya dapat sekarang."

"Habis tu? awak ingat awak boleh cemerlang dalam belajar begitu sahaja ke?"

"Emm.." pelajar ini tertunduk dan terdiam.

 "Sekarang awak tahukan? Memanglah takdir, qada' dan qadar itu Allah yang tentukan. Tapi awak tahu kan apa itu sunatullah. Allah nak tolong orang yang mahu ubah dirinya. Saya harap, awak pun akan cemerlang dalam belajar. Cuma sukan awak, sumbangan awak dah banyak, saya akan minta unit sukan kurangkan penglibatan awak beransur-ansur. Lagipun ini hanyalah ujian. Peperiksaan pertengahan tahun bulan depan. Saya akan tolong awak. Saya cuba jadi coach awak dalam belajar."

______________________________________________________________

Cerita mengenai seorang pelajar. Yang tiada usaha ke arah nak score. Kemudian menyalahkan orang lain dan redha menunggu peluang datang.

Sama je macam hidup kita yang lain..cerita ini sekadar contoh..Contoh lain adalah jodoh. Kenapa saya letak jodoh sebagai penanda aras? Sebab korang semua suka tengok drama petang-petang cerita-cerita jiwang. Usaha atas kita. Kalau diusahakan cari Inshaallah ditemukan. Lambat dan cepat bukan urusan kita

Kalau dah Allah tengok kita takda nak tunjuk usaha, adakah senang-senang begitu kita peroleh. Sama macam belajar. Kita nak score A, tetapi belajar main-main, cikgu yang ada kuasa bagi A pun tak nak bagi.. Betul tak?

Tu jelah perkongsian yang semoga bermanfaat. Sekian dari admin Bssilver-Superman :-)

Comments

Popular Posts