Apabila Reunion Tak Seindah Yang Dijangka

Tajam tak tajuk entry saya kali ini? Harap-harap lah blog ni dapat ganti Harian Metro suatu hari nanti..haha..gurau saja okay.

Masih Belajar...kata supervisor saya, jangan belajar demi pekerjaan, tapi demi ilmu
PhD BERMULA (*Amaran: Diari yang Bosan)

Harapan saya, apabila kisah PhD saya tamat kelak (sama ada berjaya ditamatkan atau tidak hanya kuasa Allah menentukan) saya berupaya buka semula blog ini dan senyum kerana dengan blog inilah saya mencatatkan perjalanan saya bermula dan berakhir.

Saya secara rasmi akan memulakan PhD pada bulan 9 nanti. Tapi sekarang saya sudah mula tetapi secara unofficial mencari tajuk dan bahan bersama penyelia yang sama. Kini, Sang Hobbit yang merasakan dirinya kerdil ini akan memulakan pengembaraan yang besar yang tidak pasti bagaimana pengakhirannya. Berjayakah? Semua itu bergantung kepada si Hobbit ini membawa dirinya.

Master Sudah Berjaya Ditamatkan

Seperti Optimus Prime yang dah berjaya menakluk Decepticon dan konco-konconya, seumpama Hobbit berjaya menakluk emas-emas di Lonely Mountain daripada taklukan makhluk ganas si naga Smaug. Saya kini bakal bergraduan sebagai seorang Sarjana (MA) Pengurusan Aset dan Fasiliti di UTM Johor Bahru. Result exam baru keluar harini. Inshaallah bulan 10 kelak bakal bergraduan secara rasmi.

REUNION



Bab ini saya kurang suka. Mesti akan jadi paling loser. Kawan-kawan lain semua dah bekerja yang hebat-hebat sampai ke bulan. Bila dapat soalan:

"Kau sekarang buat apa naz?"

Okay soalan ni agak kurang best.

"Aku further studies. Ambil PhD."

"OOoooo..."

Okay. Respon yang boleh diagak. Apabila orang kita lebih suka pada orang yang sudah bekerja berbanding umur 25 yang masih belajar. Dari sini, saya tahu, pekerjaan dan apa-apa yang mendatangkan wang adalah lebih penting dari segalanya.

Tapi, saya dah biasa. Dan kena biasakan lagi sekurang-kurangnya lagi 3 tahun. Untuk menjawab sebaris perkataan hikmat yang paling sakit dan berat:

"AKU MASIH STUDY"

Yup. Terima kasih buat semua yang menyokong. Dan minta maaf buat semua soalan anda yang masih belum terjawab dalam emel mahupun dalam ruangan komen blog ini. Saya bukan tak mahu jawab. Tetapi masih rasa bukan layak untuk menjawab. Sebab saya mengaku saya masih student dan tidak malu untuk mengakuinya.

Sekian, Aku Masih Student ;-)

Comments

Popular Posts