Tipikal Syarat-Syarat Nak Dapat Biasiswa

Kini masih terngiang lagi terbaca berita betapa banyak biasiswa akan bakal ditarik. Terutama bagi yang belajar di luar negara.

Tapi saya tak dapat nak rasa sedih. Kenapa?

Sebab saya sendiri pun sukar nak dapat biasiswa. Mesti tak match dengan saya.

Kini keluar lagi biasiswa baru oleh Yayasan Pelajaran Johor. Taip je keyword

" Biasiswa YPJ "
" Biasiswa Master YPJ"
"Biasiswa YPJ untuk Master"

Tapi, bukan rezeki saya, sekali lagi tak kena atau erti kata lain, saya terlewat, setiap kali biasiswa, saya terlewat..haha

Tolong la hebahkan Biasiswa YPJ untuk Master ni pada kawan-kawan anda semua. Dikatakan RM 10,000 akan diberikan kepada para siswazah warga Johor bagi sepanjang tempoh pengajian. Hmm.. Not bad.




--------------------------------------------------------------------------------------

Rasa pedih bila baca syarat biasiswa yang sebelum-sebelum ini. Tapi di atas dah hampir match tapi terkena pula kat semester paling kurang berbaki 2. Saya pula dah nak habis ni..

Buka rezeki saya, Allah lebih Maha Merancang..

Tapi, Tipikal syarat-syarat biasiswa akan berbunyi seperti ini ketika saya cuba baca:

1. Pendapatan Keluarga (IBU dan BAPA) di bawah 50sen sebulan
    > Kenapa mesti nak buat Master dan PhD kena ada soalan camni? Kalau diploma dan degree saya setuju sgt sebab depa masih muda. Dan kenapa mesti keluarga nak miskin tegar baru nak bantu? Master dan PhD semua dah besar panjang takkan nak bergantung pada mak ayah lagi kan?

2. Straight A UPSR, PMR, SPM, dan DIPLOMA sekurang-kurang di Oxford Universiti dengan rekod tak pernah tertidur dalam kelas. Degree tak kurang 4.00 dan kertas result tak boleh renyuk.
    > Tahap latar belakang pendidikan terlalu dahsyat, apa tak cukup lagi universiti buat syarat untuk mampu terus belajar. Kira bersyukur sebab yang sambung belajar ni memang layak.

3. Kursus yang diambil mestilah antara yang berikut; 
 =>  Sarjana Pengurusan Avenger dan Kelengkapan Perang, 
 => Ijazah Sarjana Muda Teknik Perang Anggota Justice League
 => Saintis Nuklear dan Kuasa-kuasa Mistik yang Dahsyat, atau 
 => PhD dalam Astronomi Kerakyatan Makhluk Asing Tanpa Izin dan Roket Kuasa Hybrid
- Bila kelayakan sesuai, ternampak pula yang ini..haha. Jenis kursus tak nak kalah. Terpaksa la yang tak berapa popular ni minta ikhsan ibu bapa lagi.

4. Tidak dibenarkan menerima biasiswa dari pihak lain, walaupun anda terpaksa makan pasir sebab kami cuma akan bayarkan yuran je. Padan muka.
     > "Anda patut bersyukur sebab dapat biasiswa yuran mahal sanggup dibayar, siapa nak bagi"
     > "Okay"

5. Aktif dalam membantu aktiviti peperangan membabitkan Timur Tengah dan pernah menibai musuh atau paling kurang menyertai mana-mana serangan udara berkala.
     > Mesti nak student yang aktif dalam persatuan yang sangat power dan berdaftar dengan kementerian walaupun aktiviti mereka banyak pergaulan bebas dan kibar bendera. Minta maaf ya.
     > Sebab persatuan yang ada nilai Islamik banyak tak dapat daftar. Kalau berdaftar pun dicop macam-macam so kami berdiam sahaja.

6. Pastikan anda TIDAK pernah bekerja atau ada pendapatan sampingan seperti cuci tandas, jual kerepek pedas atau jadi cashier KFC walaupun dengan tujuan mengelakkan kebulur kerana biasiswa akan dirampas dan diminta pulangkan semula semua duit yang ditaja.
     > Ya, yang ini saya tak faham. Kena kaji balik berapa range umur yang sambung Master dan PhD ni. Mereka bukan kanak-kanak yang masih zakat fitrah pun Mak Ayah nak bayar juga. Paling hairan, mereka cuma lepas bayar yuran je. Duit minyak kenderaan, tempat tinggal, kos makan minum?

--------------------------------------------------------------------------------------

Macam inilah apa yang saya rasa setiap kali baca syarat tajaan terutama badan berkanun dan kerajaan secara amnya. Sukar nak sambung ke peringkat Master dan PhD dengan syarat ketat sebegini terutama bagi lelaki yang umur memang dah 25 hingga 35 tahun ke atas. Ramai pula merancang nak dirikan rumah tangga dalm tempoh belajar Master dan PhD.

Jadi si lelaki ini siapa yang tanggung pengajiannya..hmm..penat dah...buat syarat terlalu ketat sehingga saya bertemu hanya orang yang menipu mengenai kelayakan mereka kerana jika tidak berbuat demikian maka berapa kerat sahaja akan terima biasiswa.

Sekian dari admin bssilver - Superman :-)

Comments

Popular Posts