Hasil Workout Bertubi

Alhamdulillah..

Bersyukur saya dalam coretan kali ini. Sebab ada orang tegur.

"Naz semester ni kurus dari semester lepas"

Hahaha..hasil saya amalkan workout di dalam post yang sebelumnya yang bertajuk:

Misi Hari Sukan Negara dan Hari Workout Di Bilik



Sekarang saya tengah usaha lagi berlipat ganda. Bakar lemak-lemak tayar spare kat perut lagi ni. Saya nak buktikan sesuatu. Gemuk ni satu pilihan dan bukannya bergantung pada takdir semata. Setiap pagi dan petang mesti bilik tidur bertukar jadi gymnasium. Nak jadi inspirasi kepada orang lain.

Saya cakap, saya buat. Fullstop.

Bila saya kurus semula macam 3 tahun lepas pasti seronok sebab dapat pakai baju lama-lama tu. Tak perlu lagi bazir wang beli itu ini lagi. Saya dah rasa. Bila badan semakin besar, perbelanjaan diri meningkat. Baju kena beli baru. Kuota perut bertambah. Tapi kuota duit tak pula...Cisss..

Sekarang saya sengaja tulis dalam blog ni supaya peringatan kepada diri sendiri agar berusaha lebih keras untuk kurus macam dulu-dulu. Ketika itu, saya akan baca balik post ini dan tidak akan mahu rasa berpatah balik gemuk macam dulu.

Pada yang dah sedia kurus tu. Cukup-cukuplah memasang impian untuk menambah berat badan ya. Saya pernah kurus ketika dulu, juga pernah memasang impian tambah berat badan. Sekali dah terlajak baru kelam-kabut nak tekan brek..

Cukuplah post ini buat kali ini. Nak cerita lagi sebenarnya, tapi tiada kaitan pula dengan post ini.

Semoga kita sama-samalah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan kawallah nafsu makan yang banyak membuatkan hati keras dan sukar untuk beribadah.

Sekian dari admin bssilver - Superman :-)

Comments

Popular Posts