Bagaimana mahu jadi Lelaki Idaman (bacaan kaum adam sahaja)

Pertama sekali. Jangan cuba gelak.
Jangan. Cuba.

Soalannya, kenapa ramai sekarang lelaki selalu mengadu terkena pukulan maut "Frienzone" oleh kaum hawa? Adakah lelaki kehilangan kualiti, gaya, mutu, keunggulan?

Atau adakah kaum wanita terlalu memilih? Kalau betul memilih, jadi lelaki yang bagaimanakah yang dimaksudkan akan mampu menambat hati mereka?

Saya dah lama ingin menulis ayat begini. Hari ini barulah saya berani ke utarakan luahan hati ini. Sebab saya hanya percaya pada percintaan sebenar-benar bermula selepas pernikahan tidak bermaksud saya tidak layak menulis mengenai ini.

Lelaki dah lama sengsara. Tak mengapa, kali ini saya nak back up sikit kaum Adam biarkan mereka tahu. Kasihan kaum Adam. Kat peringkat kementerian, tiada lagi diwujudkan Menteri Pembangunan Lelaki. But, do not be sad..La tahzan bak kata orang Arab pedalaman.

Sekadar Hiasan

Lelaki Idaman dalam Novel

Awak tu orang lelaki, kena nampak sangat tampan, tegap, rambut sisir tepi kemas. Poket kena tebal atau dalam erti kata lain mesti anak orang kaya, paling kurang kena jadi doktor atau jurutera.

Mesti hebat kat universiti. Pegang jawatan itu ini. Pandai cakap kat depan. Kalau boleh, biar belajar sampai kat United Kingdom atau Jepun. Supaya kekasih boleh berbangga dengan kawan-kawan beliau yang lain.

"Tunang kita belajar kat UK, dulu dia pernah pergi Jepun dapat biasiswa tapi dia tolak..bla3"

Confirm mesti ramai yang cair dengan anda. Dalam erti kata lain, kena sempurna.

lelaki Idaman ala-ala Cinta Selepas Nikah

Ini tengah trend. Nak sembang pun anda dah tahu pun. Perempuan akan tak sabar-sabar nak kahwin semuda mungkin. Gambar kahwin paling cantik akan diupload dalam facebook. Lepas tu beliau akan cakap betapa bertanggungjawabnya suaminya menjaga solat, lemah lembut, pendiam tapi nakal, dan pandai memasak.

Lagi power, letak gambar whatsapp, facebook, intagram dan sebagainya bagi menandakan sang suami seorang yang sangat cute dan romantis bak Shah Rukh Khan. Tambahan pula, kalau si lelaki Navy ke, polis ke, kapten udara regimen ke-125 pasti lagi best untuk dikhabarkan betapa indahnya perkahwinan diiringi pedang-pedang menghunus keatas mencipta terowong cinta.

Lelaki Idaman yang Kacak Kacukan

Siapa tak kenal Zain Saidin. Cair semua kaum hawa mengenangkan beliau sudah berpunya. Orang sebegini tak perlu fight untuk dapatkan apa pun. Cukuplah beliau hanya perlu selfie gambar di Gym dengan badan berpeluh dengan otot baru tumbuh setahun jagung, tukar gambar profil whatsapp dan facebook. Wanita akan menjerit semahunya. Saya dah biasa keadaan ini dalam kelas. Maksudnya ini bukan pengalaman sekali dua.

Beliau tak perlu bekerja keras mendapatkan kawan-kawan, perhatian bos, pensyarah, rakan sekerja. Petik jari semua datang.

Lelaki idaman ala Suamiku Ustaz

Yang ni saya tak tahu sangat. Sebab macam pernah dengar novel ni. Filem pun dah nak ditayang dah.

Versi ni menggambarkan lelaki macam ni sedang meningkat walaupun pernah muncul seketika tak lama dahulu. Kononnya, diimpikan lelaki yang tinggi agamanya agar mampu membimbingnya ke syurga. Kesian lelaki, banyak betul kerja.

Di manakah imam solatku? Siapakah dia pembimbing agamaku? Soalan ni banyak diluahkan oleh orang-orang di sekeliling saya. Ayat ni boleh diucapkan walaupun ketika di tengah-tengah pergaulan bebas di tempat sosial.



Lelaki Bad Boy

Ini tak payah cerita. Semua tahu. Watak egoistik. Suka cakap celupar. Perasan Handsome. Tapi didakwa dalam hati ada taman. Jauh dalam sanubari lelaki tersebut ada kebaikan yang mampu mengangkat ke'sweet'an dan ke'cute'an sang jejaka. Saya tak reti baca hati orang. Tapi saya tak berkawan dengan orang macam ni..Hehehe

Kesimpulan

Ini semua hiburan semata-mata. Jangan terasa hati pula wahai kaum adam. Eh, ada kaum hawa ke? Kan dah cakap untuk bacaan kaum adam sahaja. Dah dekat 2 bulan tak update apa-apa. Ni saja idea yang saya sengaja tulis sebab sakit telinga kadang-kadang terdengar perbualan membincangkan tentang pasangan idaman masing-masing. Itu saja.

Sekian admin Bssilver - Superman ;-)

Comments

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts