Kelebihan Tempat Belajar Dulu.

Dugaan betul sambung belajar Master ni. Tak sangka pula assignment menimbun begini. Kawan-kawan yang sambung Master kat UiTM Shah Alam secara sambilan di samping bekerja pun ramai dah tak tahan. Dengarnya dah ramai berhenti ambil Master dan quit sebab tak tahan assignment berlambak tak boleh seimbang dengan kerjaya.

Patutlah ramai kata kalau nak sambung Master, jangan kerja dan tumpukan penuh pada study. Ya, itu sangat tepat setepek kena dahi.



Pernah saya terfikir jika-jika sempat berhenti pengajian sebelum lebih parah. Mungkin saya patut kerja dengan degree di tangan sahaja. Tetapi, mungkinkah ada cahaya di penghujung terowong ini nanti?

Dalam keramaian yang menenggelamkan saya ini, kerinduan mula memecah. Suasana di tempat baru makin membuatkan saya bersyukur berada di tempat belajar lama. Kadang-kadang, kepelikan pelajar di tempat belajar dahulu buat saya berada seperti satu keluarga. Individualistik tidak ketara. Semua bergerak berkumpulan.

UiTM di Hatiku. Benarlah seperti dikata.

Walaupun tempat lama tidak berapa global dan bersifat "internationally" tapi tetap ada kelebihan. Apa itu? Ianya adalah setiap individu tak berapa perlu mengorbankan nilai insaniah demi untuk mengejar cita-cita universiti untuk menjadi institusi ulung. Benarlah UiTM tidak mengejar "Research University" atau Universiti Penyelidikan kerana kini saya lihat betapa pelajar UiTM diberi ruang pada para pelajar untuk hidup dengan cara tersendiri walaupun beberapa larangan khususnya berpolitik dilarang.



Saya baru sahaja berbual dengan seorang Manager sebuah kilang terkenal di JB dan beliau memberitahu kelebihan pelajar UiTM jika diambil bekerja. Outspoken. Ya, kelantangan bersuara di hadapan. Beliau dilihat lebih sukakan para pelajar dari tempat belajar lama saya berbanding tempat belajar kini.

Hargailah diri anda sebagai seorang pelajar UiTM. Percayalah pada diri. Nilai bukan setakat letak pada taraf universiti.

Sekian bebelan sakai dari hamba ini. Admin bssilver - Superman ;-)

Comments

Popular Posts