Secara Rasminya Aku seorang Graduan

Bismillahirrahminarrim..

Bila result exam keluar minggu lepas..jeng..jeng..jeng.. Ngeri tingkat 7 la kalau nak buka akaun Facebook.. Biasa la ramai orang hebat akan guna Facebook sebagai medium untuk menzahirkan rasa kesyukuran dan keterujaan.. seumpamanya ruangan update status dalam facebook itu adalah kanvas kosong.. Diibaratkan pula keyboard atau bahasa istananya disebut papan kekunci itu laksana sebatang pena yang menurut kehendak hati seolah menari tanpa henti.

 Tapi saya tak berapa pandai la nak luahkan semua kegumbiraan diri dalam facebook..terlalu public. Jadi saya setakat sembang kedai kopi dalam blog kali ni pun kira ok la lagipun siapa je yang kenal penulis blog ni kan?



LANGKAH SELEPAS BERJAYA BERGRADUASI

Kemungkinannya adalah seperti di bawah:
  1. Menjadi penganggur terhormat. Kononnya nak merehatkan minda selepas bertahun-tahun belajar walhal perangai malas dah merasuk.
  2. Bekerja di bawah majikan baru. Biasanya apply awal lepas atau sebelum exam akan dapat awal. Biasanya gaji tak boleh nak demand.
  3. Nak berniaga. Yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ni kebiasaannya akan keluar dari bidang asal kerana minat cenderung ke bidang lain.
  4. Sambung pengajian Master. Yang ni agak sepi kedengaran di kalangan rakan-rakan. Mungkin sebab takut tak boleh kahwin awal kot?
  5. K.A.H.W.I.N. Biasanya golongan muslimah akan cenderung ke arah ini. Di manakah Imamku? Wait for my Imam dan macam-macam lagi update yang mengerikan. Golongan lelaki pula tahu-tahu tak bekerja apatah lagi nak tanggung anak dara orang. Sabar ye..

GOLONGAN YANG TAK GRADUASI

Kenapakah mereka tak grad? Kepada yang bijak dan hebat rasa-rasa pernah tak teringat kat kawan-kawan yang sebegini lepas dapat keputusan yang cemerlang? Ke rasa terlupa? Kawan-kawan ini memerlukan sokongan moral dari anda sebenarnya. Bila dah cemerlang, kebijaksanaan anda itu perlu digunakan untuk mnyokong perjuangan mereka. Alangkah hati mereka rasa bersemangat mendengar sokongan dari pelajar cemerlang?

Biasanya 2 sebab tak grad disebabkan terpaksa repeat subjek yang pernah gagal dan memaksa kawan-kawan kita extend semester. Bukan mereka tak bijak cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Alangkah lagi beruntung Allah menentukan hakikat begitu kerana mahu menguji iman mereka agar lebih dekat kepadanya.

Doakan mereka. Semoga kawan-kawan kita ini dapat semangat kerana Allah yang Maha pemberi rezeki. Grad awal-awal pun siapa boleh jamin kita ni lebih dahulu berjaya daripada kawan-kawan kita tadi tu kan.




MEMPERINGATI TRAGEDI PESAWAT MH 17

Setelah sebulan peristiwa pesawat malang itu ditembak jatuh masih tiada lagi pihak untuk dipersalahkan dan dihadapkan ke mahkamah. Lojiknya, penumpang pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu yang di mana bukan sembarangan orang boleh memilikinya. Sementelah itu, ayat mudahnya mereka sebenarnya dibunuh. Inalillahiwainalillahirrajiuun..

Jika di dunia mereka boleh sewenang-wenangnya membunuh orang yang tidak bersalah, bukan bermakna di dunia mereka akan terselamat selama-lamanya. Di akhirat jua pembalasan yang paling setimpal buat mereka ini. Di saat kejahatan sebesar zarah pun akan ditimbang apatah lagi pembunuhan beramai-ramai ini..

Sekian dari admin Bssilver - Superman

Comments

  1. salam bang, boleh saya tahu, abg batch akasha rahim ke?

    ReplyDelete
  2. salam bang, boleh saya tahu, abg batch akasha rahim ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tak payah abang2 dah kot.. Aku rasa kite memang knal mengenali la. Akasha rahim junior aku satu sem. Masa kau sem 2 aku sem 6 tak silap.

      Delete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts