Bercuti Gawai di Pusat Servis Toyota

Selalu bila cakap tentang servis ni confirm ramai yang mengadu bosan la, penat la, takde masa la.

Gambar Hiasan Je :-)

Tapi ini kali memang saya jamin kelainan dia sebab 3 hari saya balik JB ada pengalaman dengan Toyota memang tak boleh lupa. Biasa la orang kampung macam saya ni mana la tahu benda-benda "classy" macam ni kan?

Sebelum teruskan membaca, siapa dah pernah servis kat Toyota atau Honda tak perlu teruskan kerana orang jakun macam saya ni layan Local je sebelum ni sampai dah penat ulang alik kat pusat servis kereta tempatan tapi banyak yang setel pun...

Ok, cerita ni bermula ketika cuti gawai minggu ni iaitu 26 - 30 Mei. Biasala UiTM ni cuti dia pelik sikit tak macam IPTA lain. Even kakak saya pun pelik boleh ke dapat seminggu cuti gawai? Ala kita kan berbagai kaum. UiTM? kita kan bumiputera...ok tutup cerita tadi..

Start balik. Hari isnin tu dah tahu assignment menggunung Everest kat dalam kepala sebab nak hantar plus Thesis lagi. Dengan berlagak berani ala Aaron Aziz memegang watak Malik dalam KL Gangster saya pun balik jugak. Abang besar Tmn Impian Emas, apa ada hal? Cewahhhh...

Saya dengan kakak bergerak dari UIAM Gombak terus pulang ke JB walau 3 hari pun jadi la asalkan dapat jumpa mak ayah. Padahal mula-mula nak balik tu memang niat terpesong sebabnye:

  1. Nak test drive kereta baru family
  2. Nak race mountain bike baru dengan mountain bike adik laki saya
  3. Arnab peliharaan beranak kembar 4. Ya saya penyayang haiwan :-p
Jadi nak dipanjangkan cerita, saya pun start la buat sikit2 Final Thesis sebab ingat nak hantar lepas naik cuti Khamis atau Jumaat ni. Tapi masalahnya susah betul nak fokus..kan3..

Entah tiba-tiba dalam saya tengah nak tumpu tesis tu Si Ayah pun dapat ilham. Dia nak saya tolong hantar kereta Si Mama ke Pusat Servis Toyota Kulaijaya. Huh?!! But, my thesis...but..why..oh why??

Sesungguhnya keredhaan Ibu Bapa itu penting :-)

 Jadi saya minta la adik laki form 3 tu temankan. Dia juga jadi mangsa tapi nak mengelakkan rasa bosan tu jadi biarlah beliau jadi mangsa..kah3 apa peduli beliau dah la tinggi melepasi ketinggian abang beliau ni jadi train sikit jadi lelaki beb.

Lepas drive kereta Si Mama, saya pun sampai la kat Kulaijaya. Maju juga Kulaijaya ni dah nak sama dengan JB patut la sahabat saya dulu berinya gelaran "Kulaifornia". Hahaha.. Tup,tup tengah dok berangan sampai la kat Pusat Servis Toyota Kulaijaya.

Sampai kat sini pergh memang lain. Lain dari pernah pergi kat Pusat Servis Protong (bukan nama sebenar).

PARKING:
Tempat parking reception untuk customer, Perghhhhh..mantap. Berbumbung. Depan pintu receptionist lagi. siap bercat lagi lantai parking. Macam bos pun ada. Parking staff diorang biasa-biasa je..Memang terbaik lerrr..

KAUNTER RECEPTION:
Then saya masuk ke dalam, ada 6-7 kaunter. Pergh banyak dan setiap pelanggan layak untuk tidak menunggu di receptionist. Ini saya tabik. dah tu, siap ber"encik" dan berbunga-bunga pantun segala bagai..

"Encik tunggu sekejap di ruang sana, nanti advisor kita akan datang bawa encik inspect kereta ye"

Ini memang superb. Tak pernah gini punya detail dia punya servis.

WAITING AREA:
Macam kafeteria. Ada bartender? Macam bar tapi ini halal punya. Ala macam kat Starbuck tu (walau tak pernah jejak starbuck). Jadi rilek la situ sambil order air panas. FREE. Tiada cas tambahan. Ini sangat Ultraman. Tak pernah dilayan sebegini. Terharu sangat. Jadi macam-macam air boleh order tanpa ada limit. Nak tongkat Ali, Milo, Nescafe, dan Teh Tarik macam-macam ada..

Nak dijadikan cerita saya pun order la Milo sambil tunggu advisor datang. Adik saya kemain mentang-mentang free dimanfaatkan la. Siap order Megi lagi...hmmmm

Pastu, advisor pun datang dengan ukiran senyuman di bibir beliau menyambut saya ke kereta untuk diperiksa. Sampaikan lalu kat pintu pun dia bukakan dan bagi kita jalan dulu..hah tu dia abang besar mai naaa.. Tak boleh tahan punya respek sampai semua pegawai dan staf yang ternampak kita akan senyum tak habis. Sampai terpikir "eh baju aku ni berlubang ke?"..

CABUTAN BERTUAH
Dah tu, cek punya cek kata semua ok dia pun cakap, "Jom cabutan bertuah!"

Wah!! ini dah melampau baiknya ni..serius tak pernah rasa macam ni masa kat pusat servis kereta tempatan..Malahan pernah siap hampir bertikam lidah kat kaunter tau :-p

Dah tu, pergi la cabutan, dalam balang tu ada kertas. Hadiah dia, ada baucer, jersi dan macam-macam lagi..Tapi Alhamdulillah rezeki dapat la baucer bernilai RM10. That's mean saya dapat potongan RM10 pada servis ini hari..gempak..memang gempak..

CYBERCORNER:
Tengah tak habis rasa teruja tu, ada pula rasa tension sebab tesis akan terbazir dalam masa 2 jam menunggu ni. Memang rasa sesal sedikit. Tapi..ada tapi beb..sebab ada Cybercorner (saya sendiri bagi nama.. Ada 3 set PC. Juga ada wifi untuk pengguna smartphone dan sebagainya.

Ini. Memang. Awesome.

Kamera berpixel 1.3mp dah lapuk dek hujan..tenyeh je kan

kat sini la tempat berlakunya Tesis ditaip oleh saya

Slow-slow saya datang kat PC tu. Ada internet. Berkelajuan tinggi. Untuk sesiapa yang tak kenal "DROPBOX" memang rugi. Dropbox ni satu application di mana kita install kat laptop atau pc kita sebagai folder. Jika apa-apa perubahan fail kita yang dimasukkan dalam folder tersebut termasuklah word ke excel ke maka ia akan link terus ke internet dan akan automatic updated dalam "dropbox.com" di dalam profile kita. Then, kita boleh bukak fail online tu dimana saja, bila-bila masa, dan tak kira pc siapa pun.

Tujuan diterangkan dropbox ni sebab saya ada simpan tesis tu dalam dropbox. Ok setel. Saya online lepas tu tros download fail tesis dan terus isi 2 jam tersebut dengan buat tesis sambil refill air dengan muka tak malu..hahaha

Akhirnya masa untuk berpisah. Saya bagi 5 bintang terus la.. Last sekali saya bayar bil sambil rembat gula-gula atas meja tu dan paling penting staf dia hantar saya ke kereta sambil tolong hidupkan enjin kereta lagi...

Tadi baru je seorang staf dia call. "Amacam, ok tak kereta? Kalau ada masalah sila datang atau hubungi kami ok"..In sangat superb..

Itu saja nak disampaikan..memang tiba-tiba rasa teruja tu tak boleh nak kawal langsung sebab tak pernah rasa terbuang masa walaupun tengah servis kereta di sini. Sangat berbeza kalau servis kereta saya sendiri. Pembaharuan perlu dilakukan oleh pusat servis kereta tempatan..

Comments

Popular Posts