Memilih Jalan Kita

Sudah lama tidak mengupdate blog nampaknya saya ni kan. Alasan saya yang pertama sekali adalah kerana tiada internet. Yang kedua, saya tidak dapat menyediakan masa dan bahan yang baik untuk post-post seterusnya. Kali ini saya menaip di dalam Microsoft Word dan akan cuba untuk publish bilamana saya mendapat sambungan internet.

Ada orang yang bertanya pada saya dan soalannya saya ubah dalam bentuk begini:

“Aku tak hairan sangat nak dapat dekan, tak tahu sebab apa. Aku tak nak study sebab result pun tetap sentiasa sama.”

Pernyataan tersebut kadang-kadang kita sendiri pun mungkin terlepas untuk menyatakannya. Apabila rasa sedih mengundang, rasa down, kegagalan, terlalu emosi dan yang seangkatan dengannya. Tahukah kita bahawa Allah tidak akan sesekali membiarkan kita berada di dalam sesuatu masalah yang tidak mampu kita tanggung.

source: http://alexandru1988.deviantart.com/art/In-The-Fade-339816567


APAKAH MISI HUJUNG SEMESTER?

Saya mengajukan semula soalan ini kepada beliau tadi. Beliau terdiam. Menggeleng sedikit. Mungkin tidak tahu atau mungkin sekali sedang meminta masa berfikir. Saya mengasak perlahan dan bertanya apakah misinya dan apakah perbezaan awal semester dan menjelang akhir semester ini.
Kita bermula dari angka ‘0’. Akhir semester sudah tentu berakhir dengan sesuatu kan? Beliau membatu tapi mula menunjukkan riak wajah yang positif.

PELAJAR ADA DUA(2) MISI!

  1. Pencapaian akademik
  2. Pencapaian insaniah

Saya meminta beliau pilih di antara 2 di atas. Beliau menggeleng lagi. Bisa gawat kayak gini. Saya pun mula menerangkan secara ringkas.

Pencapaian akademik adalah apabila kita hanya menumpukan kepada pelajaran dan skor yang patut kita dapat. DEKAN!!! Itulah jawapan yang paling senang untuk saya sampaikan.



Pencapaian insaniah. Tidak kiralah insaniah ke, lahiriah ke, rohaniah ke misinya tetap satu. Iaitu menjadi manusia terbaik dan diredhai. Contoh paling rapat adalah mengatur aturcara program formal, memimpin ahli kumpulan, terlibat dengan majlis-majlis ilmu luar akademik dan sebagainya.

Anda nak yang mana?

Kalau anda memilih yang pertama, Alhamdulillah cukup bagus. Kalau memilih yang kedua? Bagus jugakah? Lagipun pencapaian akademik kan penting. Ada result. Orang pun pandang. Senang cari kerja.

Jangan pandang rendah pada pencapaian insaniah. Ianya juga kuasa. Disiplin diri, kebijaksanaan, kepimpinan dan critical thinking juga akan muncul di sini. Dari sini kita belajar mengurus masa, rohani kita terisi dan akademik juga Insyaallah juga akan mengejar kita.
So, mana baik? Misi anda?

Comments

Popular Posts