Pengorbanan Menjadi Pemuda

Alhamdulillah..

Kita telah berjaya merasakan satu lagi hari Raya seusai tamatnya Hari Raya Aidilfitri beberapa minggu lalu. Apakah ini? Ianya Hari Raya Aidiladha atau nama yang lebih sinonim dalam masyarakat kita disebut sebagai Hari Raya Qurban dan Hari Raya Haji. Hari ini sudahpun bertarikh 12 Zulhijjah 1433 mengikut kalendar Islam dan saya menganggap bahawa saya belum terlambat menaip post berkaitan intipati perayaan orang Islam ini kerana kita masih di dalam:

takbir muqaiyad = iaitu takbir yang dilakukan serta berikat dengan waktu solat fardhu bermula selepas solat Subuh 10 Zulhijjah sehingga selepas Asar 13 Zulhijjah. Bermakna besok expired date buat saya untuk menaip la kan.



1) PERIHAL UMUR

Berapakah usia anda? 17 tahun? 19 tahun? 21 tahun? atau 23 tahun? atau mungkin lebih.. Jika saya bertanyakan kepada anda secara perbualan mungkin terjadi seperti di bawah:

Superman: Hei, umur awak dah berapa sekarang?

Batman: Ohh, umur saya baru 21 tahun..

Jawapan anda tepat dan tidak salah. Tetapi mengapa biasanya orang akan meletakkan perkataan 'baru' jika usianya meniti awal 20-an.. Apa bezanya dialog anda:

"Saya baru 21 tahun" dengan "Saya sudah 21 tahun"

Beza memang berbeza. kebiasaannya orang menganggap jika dia menggunakan perkataan "baru" maka dia masih boleh membazirkan hidupnya dengan tidak mencapai sesuatu dengan daya dan kemampuan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Ini berbeza dengan orang yang menggunakan perkataan "sudah" kerana dia menganggap dia sudah mencapai tempoh matang dan masa yang diberikan dirasakannya sangat suntuk untuk melakukan kebaikan dan kebajikan kepada masyarakat.

2) MISI BELAJAR

Jika kita menuntut di universiti pada waktu sekarang, apakah misi kita di hujung semester ini? Apakah yang mahu dicapai pada hujung semester? Jawapan yang sering kita dengar adalah, "mestilah nak dapat dekan".

Anugerah Dekan. Insyaallah jika diberikan rezeki maka kita akan perolehinya. Jika tak dapat, di manakah letaknya hati kita kerana mensasarkan dekan dari awal semester. Dan jika anda dapat dekan pun, apakah langkah anda seterusnya? Terus belajar? Adakah rakan-rakan anda mendapat manfaat daripada ke'dekan'an anda?

Konsep yang mudah untuk saya. Dekan hanyalah alat. Dekan bukan misi. Tapi batu loncatan. Misi kita adalah ibadat. Bila kita menuntut ilmu, kita sedang mempersiapkan diri untuk membantu pembangunan dan kemajuan orang Islam. Dari tempoh kita belajar inilah kita sematkan lencana dakwah dan tarbiah dalam hati. Kita sebarkan cara belajar yang betul. Kita sebarkan cara mencintai Allah dengan cantik dan indah sekali. Insyaallah, jika Anugerah Dekan itu ditangan kita, lebih mudah kita untuk menyebarkan dakwah kerana kebiasaan kalangan kita hanya mempercayai orang yang terbukti kebijaksanaannya.

Kerana itulah saya mengaggap dekan adalah alat. Kita menggunakannya. Bukan kita dikawal olehnya.


Akhir sekali, ucapan terima kasih diucapkan kepada warga Building Surveying di Malaysia kerana statistik blog saya menaik dengan mendadak sejak akhir-akhir ini. Semuanya gara-gara penjelasan saya mengenai bidang jurusan Ukur Bangunan yang dipelajari.. Insyaallah perjuangan saya mengenai Juruukur Bangunan tidak berakhir setakat di dalam blog ini sahaja.

Sekian dari Admin Bssilver - Superman ;-)

Comments

Popular Posts