Perjalanan Mengakhiri Ramadhan.. (cerita seorang budak)

Tahun ni ada perbezaan menyambut Ramadhan bagi bekas pelajar diploma UiTM batch 2009-2012.

Kerana sepanjang 3 tahun melayan karenah kawan-kawan sebilik/serumah yang suka gila beli juadah berlambak kat dalam bazaar UiTM Perak.

Satu lagi, ada seorang budak ni terpaksa la melayan kawan2 yang suka sangat bazaar sampai dia ajak pergi Dewan Makan (DM) downg boo layaan..

Bukan apa, budak ni memang suka pun makanan kat bazaar. Tapi suasana di bazaar memang tidak disukainya. Bukan bau-bauan semerbak hidangan serbaneka menjadi masalah. Tetapi, laluan sepanjang bazaar amat memdihkan matanya. Umpama gugur pahala puasa di sepanjang laluan itu.

Anti-sosial. Biarlah apa dikata orang. Tetapi budak ni suka sangat jaga hati kawan. Dan dia pun melayan la kat bazaar tu. Kalau kita perasan, sosial ni sebenarnya apa? EH, jangan tanya saya..


Nyam...nyam...

Ingat lagi. Masa budak ni part 1, dia pun mana la ramai kawan. So, setiap kali berbuka, dia hanya mengambil roti dan air kosong sahaja. Lepas terawih baru la dia beli nasi bungkus dan makan seorang diri kat bilik. Ada masalah? Tiada kan? Kan bersederhana itu lebih baik.

Tapi itu cerita dulu. Sebelum dia berpindah ke rumah sewa atas dorongan ingin bebas. Sekarang baru budak ni rasa. Petrol, bil api, air, dan sewa memang dugaan. Lebih-lebih lagi bila diajak member2 keluar makan. Kesian dia ni.

"Apa seronoknya beli juadah di bazaar ye?: Hati budak ni berbisik.

"Ni bulan puasa ke bulan makan?" Persoalannya belum terjawab.

"Kalau hari-hari mata bersubahat di bazaar, ada ke pahala yang tinggal di akhir Ramadhan?" Hatinya mula berkocak resah.

Tapi budak ni benasib baik, sebab dia kali ni berbuka dengan keluarganya sepanjang Ramadhan. Bukannya terlalu sukar untuk mengumpul pahala Ramadhan. Kita cuma perlu bersederhana. Insyaallah kebahagiaan itu milik kita di bulan Syawal nanti.

Budak ni bakal menyambung pelajarannya ke degree nanti. Mampukah beliau meneruskan tradisi lamanya seperti part1 diploma dulu. Bersederhanalah. Bersederhanalah. Kerana sederhana dalam bulan puasa ini ada satu ketenangan dalam dugaan demi dugaan.

"Siapa aku?"

"Kalau aku tidak ikut trend kawan-kawan, aku ni siapa?" budak itu mula bertanya dirinya lagi.

"Sahlah aku kena berubah sekarang. Biarlah aku menjadi role-model sekarang supaya aku pula diikuti" dia mula mendapat idea.

Kali ini budak tu merasakan. Dia tidak perlu lagi menjadi pak turut. Kerana dia sedar. Di alam barzakh, dia keseorangan. Dia tahu pendidikannya tidak setaraf ustaz-ustaz UIAM, tapi dia tahu dia ada Allah. Biarlah dia berjuang mendapat redhanya disamping cuba melalui jalan-jalan orang yang berjaya dan benar.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa di dalam kesederhanaan. Sekian dari admin bssilver- Superman Berpuasa ;-)

Comments

Popular Posts