TEKNOLOGI VS KUASA ALLAH


Ngeri. Itulah yang dapat saya gambarkan sebaik sahaja membaca sebuah artikel surat khabar pada hujung minggu berkaitan dengan krisis nuklear Jepun.  Dalam akhbar itu menyebut bahawa pakar nuklear mengesahkan krisis yang melanda negara matahari terbit itu akan berlanjutan untuk 100 TAHUN lagi.

            Begitu besar impak negatif teknologi nuklear terhadap manusia yang menciptanya. Sehingga kini tiada apa pakar-pakar Jepun boleh buat melainkan mengorbankan beberapa rakyat  untuk menyejukkan batang-batang bahan api nuclear menggunakan pancuran air bagi mengelakkan pencairan yang keterlaluan yang akan membunuh tanah Jepun. 

               Seorang ibu kepada pekerja-pekerja kecemasan yang bergelut untuk menghalang batang-batang nuklear di loji Fukushima Daiichi daripada mencair berkata, mereka semua akan mati akibat kesan radio aktif dalam masa beberapa minggu lagi. (Kosmo, Krisis Nuklear Jepun 100 Tahun?)

            Subhanallah! Begitu besarnya kekuasaan Allah yang telah memerintahkan alam untuk menghadirkan bencana ke tempat yang begitu terancang iaitu LOJI NUKLEAR JEPUN! Kenapa bukan tempat lain? Berdiri bulu roma saya sepanjang memikirkan ujian Allah kepada bangsa yang diiktiraf tahap genius melepasi tahap Mc Gyver ini.

            Saya pun tak berani nak ulas panjang lebar bak lebuh raya Utara-Selatan tentang isu nuclear yang sememangnya bukan bidang saya. Apa yang saya tahu, bagaimana nak menjadikan sebuah bangunan itu menjadi pintar seolah-olah sebuah robot dengan merujuk kepada isu Intelligent Building yang saya pelajari dalam kursus Environmental Technology and Services.

            Akhir sekali, saya ingin berkongsi pemikiran yang tak setaraf ahli politik ini bahawa kita perlu mencari penyelesaian yang berkesan untuk menjadikan bumi ini selamat untuk diduduki. Saya sedar bangsa Melayu bukanlah bangsa yang terhebat berbanding bangsa Jepun dan bangsa Yahudi. Tetapi, kita hendaklah bersama-sama memimpin rakan-rakan kita yang semakin hanyut ke tebing kesedaran kerana mereka berkemungkinan tidak sengaja. Malahan, mereka sebenarnya menjerit di dalam hati mereka agar ada manusia yang mampu membaca isi hati mereka lalu segera menyelamatkan mereka. Jadi, kepada manusia yang masih mahu menjadi seorang sahabat. Bacalah segera hati mereka. Pandanglah ke dalam mata mereka. Tanya mereka apa yang mereka mahukan? Rasanya saya akan menulis bab persahabatan ini dalam tajuk blog yang seterusnya. Jumpa lagi.

Comments

  1. Sian Jepun....aq harap Indon yang kena, coz Indon jauh berdosa blipat kali ganda+salah drpd Jepun,rite?????

    ReplyDelete
  2. Suggest utk kw, tgok video Black Eyed Peas - Just can get enough...BEP buat smiggu b4 Jepun kan tsunami, cbe pk klu tlmbt smggu, x ke Will.I.Am dgn krew2 dy kna sapu skali..?? Haha.....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts