Dilema Poyo Dak PhD!

*PhD sangat... (mata ke atas, tangan ke dada)

*Ala..budak PhD ni tak terjamin pun. Sengkek harap biasiswa je

*Ramai budak PhD ni graduan umur 30 ke atas. Tak berbaloi la..

*Apa boleh buat dengan PhD kau tu?


Okay dah...cukup-cukup. Saja saya nak bagi kat diri sendiri beberapa das tembakan bunuh diri. Sebab saya ni jenis kena selalu motivasi diri. Kalau tak, ke lautan Pasifik la. Kalau sesiapa pernah tengok filem Shawshank Redemption, macam tu lah saya rasa kalau berjaya habiskan dalam 3 tahun ni (3 tahun kononnya la).



"The Pursuit of Happyness". Sebuah filem berinspirasikan kisah benar lelaki bernama Chris Gardner yang mengejar kebahagiaan dalam hidup. Yup, dia sering bertanya apakah bentuk kebahagiaan tersebut? Kenapa mendiang bekas tokoh negara USA tersebut menggunakan perkataan "Pursuit" yang beerti "kejar" untuk dapat kebahagiaan? Kenapa kejar? Adakah kebahagiaan sentiasa berlari? Dan tidak ubah seperti apa yang saya gambarkan keadaan diri saya sekarang.

BAB 1: "THE PURSUIT OF PHD"

Terpaksa guna semula ayat daripada akaun Facebook milik Dr. Othman Talib atau dikenali Dr. OT. Yang terkenal dalam menyiapkan PhD dalam 1 tahun sahaja. Beliau berkata seperti di bawah:

PhD bukan spt undergrad. PhD lebih kepada self-education / self-learning, maka PG yang effisyen bpotensi menyiapkan PhD lebih awal, atau GOT dan bagi yang sukar mendapat rentak lalu teraba2 sehingga bergraduate melebihi jangkamasa pengajian. Ada yg tlansung 5, 6 ... 10 tahun pun ada.

*Awkward silence*

Nah kepada orang yang berangan-angan ketika buat PhD. Lagi-lagi buat calon PhD pada tahun 2017 ketika tak ada fund daripada KPT atau kerajaan Malaysia. Kerana biasiswa dari kerajaan Malaysia terutama dari MyBrain mudah diperolehi daripada syarikat swasta, universiti dan GLC yang mempunyai requirement yang amat-amat tinggi.

Hampir setahun buat PhD, saya masih buntu dengan apa yang saya harus lakukan. Masih terkesan dengan kata-kata oleh orang ketika 2016 yang lalu:

"Buat PhD lagi banyak dapat duit daripada orang bekerja. Baik buat PhD"

Tengok diri sendiri Mana? Mana? Tak ada pun? Mana dia?

Inilah akibat buat PhD tak ikhlas..benda yang dikata kat atas tu memang betul pun. Tapi masalahnya bila tepat giliran saya buat PhD, semua dan segala jenis fund dihentikan. Akibatnya, semua menjadi salah saya, salah student itu sendiri.

BAB 2: Salah Student PhD sendiri

Salah student la PhD dia tak siap. Salah student tak ikut cakap. Salah student la, research dia, PhD dia, dia kena la tanggung!

Saya lebih kasihan bila student hanya perlu apabila mengejar geran penyelidikan. Geran-geran ini ditawarkan oleh badan-badan seperti universiti, kerajaan dan swasta juga. Ianya berbentuk wang. Dan juga ada KPI yang bakal menyumbang kepada pensyarah yang berjaya memperolehinya.

Ramai pensyarah akan mencari pelajar untuk mengejar geran. Dijanjikan macam-macam agar prospek ini akan berdaftar PhD di bawah seliaannya. Sampai masa, tak dapat geran, poof! Hmm..student ni akan jadi sepah je. Secara tiba-tiba dia hanya akan menjadi pelajar yang sekadar pelajar. PhD student ini akan hanya menjadi bebanan student ini sahaja.

Saya tak nak menuding kepada sesiapa. Benda ni berlaku kat banyak pelajar PhD yang dikongsi oleh Dr. OT.

BAB 3: Teruskan hidup

Tak siapa kisah anda nak bayar yuran pakai pasir. Tak siapa kisah anda nak makan daun, kayu atau batu. Tak siapa kisah anda kena extend pengajian sebab tak Graduate On Time (GOT). Tak siapa kisah PhD anda jadi lauk. Ya..benar lah bahawa Aiman tak kisah. Terima kasih Dr.OT.

Sekian dari admin Bssilver - Superman :-)

Comments

Popular Posts