Tukar Tema Blog - Jangan Marah..

Selesai sudah merosakkan blog ni dengan muka sendiri. Kenapa letak muka sendiri admin? Sebab nak betul-betul rasa macam penulis buku..hahaha

Lagipun saya hanya berani letak muka lepas hampir setahun bergelut dengan kegemukan. Jadi sempena badan dah susut hasil usaha workout push up setiap hari maka berani la sikit nak letak muka admin. Tetapi saja letak hitam dan putih dan side view supaya muka yang tak berapa nak handsome nampak seperti sangat handsome.

Jadi, kalau ada sesiapa yang kenal saya dalam blog ni terserempak dengan saya di luar kelak jangan pula sound cakap "tak sama pun muka macam dalam blog". Jawapannya memang tak sayang nyawa. Ingatlah orang yang tersayang sebelum keluarkan sebarang kata-kata ya.

Satu lagi. Saya ada masalah introvert sebenarnya. Jadi sengaja letak muka sendiri untuk membuang sifat introvert dalam diri. Jadi, selesailah misteri siapa gerangan pemilik blog ini. Kesian ada yang saya kenal tapi tak tahu bahawa saya adalah pemilik blog.

Lega rasanya dah renovate sikit blog ni. Bagi saya, mungkin tema blog yang semakin boring punca saya sendiri semakin malas nak menulis dalam blog ni.

Sekian dari admin bssilver - superman ;-)

Comments

Popular Posts