GUNA PSIKOLOGI UBAH DIRI
Semakin hujung semester semakin layu semangat..
Mahu tak mahu perjuangan masih belum selesai..
Ibu dan ayah masih di kampung menunggu kejayaan dirimu..
Ah, tapi aku tiada motivasi, aku hilang semangat!!
Kenapa ya? Masih kita terhegeh-hegeh mencari kekuatan dalam diri biarpun sudah tidak kelihatan dimanakah terletaknya kekuatan itu? Macam mencari sebutir mutiara di dalam lautan samudera yang luas. Sukar sangat. Tapi tak bermaksud tiada kan?
Soalannya sekarang “bagaimana untuk cari?”
Saya pelajari banyak perkara dalam semester ini. Mengharap sesuatu yang Allah akan bantu. Samaada akademik ataupun insaniah. Telah lama tak update di pagi jumaat ni tiba-tiba lancar jari ini mnaip di ruang siber ini. Saya kongsikan sedikit.
1. BERSOLAT DAN BERDOA
Perbanyakkan amalan. Paling sikit cuba cari masjid atau surau. Cuba duduk beberapa ketika di situ kerana energy perubahan ada kat rumah Allah ni. Jangan lupa baca Al-Quran setiap hari walaupun merangkak dan sehelai sehari pun jadilah. DOA. Jangan lupa! Mintalah pada Allah sebab Dia Tuhan kita dan memang Dia menyuruh kita minta daripadanya
2. CARI KAWAN YANG BAIK
Kawan yang baik akan membawa kita kearah kebaikan. Tak cukup dengan hanya kawan itu hanya pandai tapi pegangan agama sangat liberal dan sekular. Tapi carilah kawan yang walaupun biasa saja tapi bersemangat nak kejar ilmu dan mahu berjaya dunia akhirat.
3. UBAH PENAMPILAN DIRI
Mengubah penampilan diri sebenarnya salah satu yang dipandang sepi oleh kita. Contoh, kita seorang pemalas dan pakaian ala kadar. Ubah pakaian yang lebih kemas dan mantap. Biar mampu menyentap mata yang memandang. Tapi biar menutup aurat dan sopan. Ini akan menunjukkan secara fizikal bahawa kita sedia berubah. Ia memberi isyarat kepada otak bahawa perangai lama tidak sesuai dengan penampilan baru ini.
4. INGAT PADA ORANG YANG BERGANTUNG HARAPAN PADA KITA
Seeloknya jangan lupa untuk muhasabah diri kita. Contonhya ibu bapa kita yang tiada pendidikan hebat berharap pada kita agar menaikkan maruah keluarga dalam kalangan masyarakat setempat. Kadang-kadang berubah demi membantu insan-insan yang lemah juga mampu meletakkan kita di landasan terbaik kerana nak bantu golongan lemah kita mestilah menjadi golongan yang kuat.
Saya berharap perkongsian ini menjadi titik permulaan saya dan anda berubah. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Paham dop? Faham-fahamkan dan renung-renungkan.. Selamat Beramal.
Sekian dari admin Bssilver-Superman ;-p

gambar hiasan @deviantart |

Comments
Post a Comment
KOMEN