Antivirus! Jangan install lebih dari satu.


Sementara minggu ni tengah takde assignment lecturer nak sumbat kat kami student FSPU ni, ada baiknya juga saya repair laptop kawan-kawan yang bermasalah. Dan boleh kata hampir kesemua orang yang hantar laptop untuk saya repair adalah pelajar perempuan? Kenapa ek? Pelajar lelaki tak dengar pula masalah..

Ni dengar baik-baik, saya nak membebel sedikit. Termasuk laptop yang saya tengah repair ni, masalah laptop yang biasa hinggap kat bebudak ni adalah ANTIVIRUS! Rasanya dah tiba masa saya kena repair fahaman anda tentang laptop sebelum saya biarkan anda sewenang-wenangnya perabis duit beli antivirus baru dan format kat kedai. Itu bukan langkah yang betul.

Saya bagi satu contoh: Laptop yang tengah saya check sekarang ni ada 3 antivirus! Wahai kakak-kakak adik-adik sekalian..janganlah biarkan lebih dari satu antivirus berada dalam laptop anda. Ianya umpama membiarkan harimau dan singa duduk dalam satu kandang ataupun hutan yang sama. Mereka akan berperang mendapatkan habuan masing-masing dan akibatnya pada kerosakan setempat.

Pokok utama dalam memastikan laptop lancar (basic sangat):

  1. Antivirus jangan install lebih daripada satu. Cadangan saya Avira Free Antivirus. Avast free pun ok.
  2. Update antivirus anda! Paling kurang seminggu sekali. Beli antivirus Kaspersky mahal2 sekalipun takkan berfungsi jika tidak diupdate.
  3. Scan system anda sekurang-kurangnya sekali sebulan.
  4. Gunakan CCleaner jika perlu sahaja. Jika selalu digunakan mungkin fail system akan corrupt. Ianya akan membantu membuang cache atau temporary fail yang tidak diperlukan lagi.
Satu lagi saya nak ajar cara update antivirus. Budak-budak ni ada yang tak tahu cara update. Senang je, tengok kat bawah ni. Saya gunakan Avira sebagai contoh:

Just click je pada Start update. Tunggu download dan siap!
Ok tu je. Senangkan? Apa tunggu lagi. Jagalah laptop kerana mencegah virus lebih baik dari membaiki. :-)

Comments

Popular Posts