Building Surveying Association (BISA)
Logo BISA (hakcipta milik Allah) |
Dalam bahasa Melayunya disebut sebagai Persatuan Ukur Bangunan. BISA merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan di UiTM Shah Alam dan UiTM Perak untuk menyatukan pelajar-pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bagi menjenamakan profesion ukur bangunan (BS) di peringkat universiti.
Sebagai salah seorang ahli BISA saya sebenarnya amat merasa bangga dengan pencapaian persatuan ini kerana ia merupakan persatuan terbaik di UiTM Shah Alam ketika ini walaupun dengan jumlah pelajar yang agak kecil berbanding dengan program lain. Malahan, baru-baru ini telah berjaya memenangi anugerah sebanyak 2 semester berturut-turut iaitu "Persatuan Terbaik" dan presidennya iaitu Din memegang "Presiden Terbaik". Ini merupakan suatu penghargaan dia atas sumbangan kami kepada pihak universiti.
Walaupun sekadar ahli biasa, saya amat teruja dalam cuba memberikan sumbangan yang tidak seberapa. Pemilihan Presiden yang baru pada kem yang lepas di Kampung Gajah, Perak diharap akan meneruskan kesinambungan perjuangan BISA yang tidak akan pernah cube untuk berhenti.
MY 100th POST
Bagi sesiapa yang baru mengenali blog ini, ini merupakan post saya yang ke-100.
Jangan terkejut...
Tujuan post kali ini adalah bagi menjenamakan semula blog saya yang nampaknya sudah makin dikenali dan sudah tidak asing bagi sesiapa yang mahu mengenali profesion Juruukur Bangunan atau dalam BI disebut Building Surveyor. Kadang-kadang rasa segan mengundang tatkala post benda bukan-bukan dalam blog ni (mungkin kena buka blog lain).
Jadi memang dah niat asal penubuhan blog ini pun saya memang mahu memperkenalkan profesion BS ini kepada seluruh penduduk Malaysia agar kita bersama-sama mengenali profesion yang berusaha memberikan khidmat nasihat mengenai kesihatan bangunan dan memperkenalkan sustainable building system kepada kita.
AYUH BERKAYUH!
Main basikal ke? Bukan itu maksud saya. Konsepnya adalah apabila kita mahu memulakan satu misi maka mestilah di mulakan dengan kayuhan yang pertama. Tanpa kayuhan pertama, tiada kayuhan yang kedua, ketiga dan seterusnya.. betul tak? Bila tak berkayuh, tak sampai la kita ke destinasi.
Kejap..kejap..apa kaitan dengan basikal?
Susah nak capai misi apabila kita tak berbuat apa-apa tindakan. Apabila saya ingin memperkenalkan karier BS ni, saya pernah terfikir, bagaimana caranya? Tiba-tiba saya mengenali saudara novelis dan seorang daei iaitu Hilal Asyraf. Beliau telah berjaya memperkenalkan dakwah siber kepada generasi muda melalui penulisan blognya yang amat kreatif, bernas dan menarik.
Post pertama dan ke-2 saya lakukan dengan langkah yang amat berat dan malas kerana tidak nampak halatuju.
"Di manakah akan berakhirnya blog ini?"
Dari sinilah saya belajar untuk menguruskan masa dan tidak hanya bertumpu kepada aktiviti kuliah dan peperiksaan yang selalunya akan menghadirkan cubaan yang menguji keikhlasan kita menuntut ilmu. Di manakah keikhlasan kita jika kita menumpukan kepada exam-exam dan markah-markah semata-mata. Inshaallah moga-moga kita berjaya menyematkan keikhlasan dalam hati walauapapun misi kita.
Alhamdulillah dengan nikmat masa lapang dan kesihatan yang diberikan, saya mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan pelajar-pelajar BS sebelum ini dan kini tiba masanya untuk Tabir Hidup menderum dengan lebih laju. sekian dari admin bssilver.blogspot.com- Superman ;-)
Comments
Post a Comment
KOMEN