Hidup Melayu
Orang melayu malas? Siapa kata? Ada yang jadi jurutera, kerja siang malam nak bagi anak isteri makan. Dapat gaji terus masuk duit dalam ASB sebab tak mahu membazir. Malah, orang melayu jugalah yang menjadi enjin dan nadi-nadi kepada kilang-kilang dan syarikat kejuruteraan milik usahawan cina yang berjaya! Hidup melayu! Melayu malas? Tidak sama sekali! Melayu jugalah paling rajin laungkan "HIDUP BANGSA MELAYU!". Tak terlawan bangsa lain dek kerajinan bangsa melayu. Bangsa lain malas sebab hanya sibuk untuk mengembangkan bisnes dan bangunkan ekonomi sahaja. "HIDUP MELAYU!!" "Pantang sesiapa mempermainkan bangsa aku!! nescaya terbang parang ni!!" , Kata seorang pakcik di kedai kopi bersama2 kawan persaraannya. Sesekali mereka mengusik Ema, pembantu kedai kopi yang juga anak kepada tauke Pak Zaid yang masih bujang itu. "Woi, aku pantang betul orang melayu kena cabar!" , ujar Farid yang juga dikenali sebagai Pay